skip to main | skip to sidebar
MAZLANOV BLOG

Monday, December 15, 2008

MENCARI PEKERJAAN DI MALAYSIA

ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI PEKERJAAN DI MALAYSIA?

http://www.jawatankosong.biz/

http://www.jawatankosong.com.my/

http://www.gov.my/MYGOV/BI/Misc/JobVacancy

http://malaysiancareer.com/

http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces

http://my.jobstreet.com/

http://jawatankosong2u.com/

http://www.khidmatnegara.gov.my/jawatanbaru.htm

http://www.jawatankosong.net/

http://iklan-jawatan-kosong.com/

http://www.jawatankosongdimalaysia.com/

Dicatat oleh mazlanovic di 3:16 PM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

AH LAN WA SHAH LAN

Radio Online
Gila Chess
BACAAN QURAN SHEIKH RASYID
AUDIO SUNNAH
TALIBAN & AFGHANISTAN
JIHAD
FATAWA
KITAB ILMIAH

LINK

  • PAS123
  • LAMAN SUNNAH AL-AHKAM
  • Darul Kautsar
  • Jihad
  • BOMOH ON-LINE
  • PATANI KINI
  • Muzik sepanjang zaman

MY FAMILY

MY FAMILY

Blog Archive

  • ►  2009 (5)
    • ►  December (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2008 (8)
    • ▼  December (2)
      • KEMBARA KE TANAH MINANG
      • MENCARI PEKERJAAN DI MALAYSIA
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)

About Me

My photo
mazlanovic
Simple
View my complete profile

Followers





My Blog List

  • Mencari Kebenaran Hakiki
    PAS, PR,dan DAP 2015
    10 years ago
 

WASIAT IMAM SAMUDRA

WASIAT IMAM SAMUDRA

WASIAT AMROZI

WASIAT AMROZI

WASIAT MUKHLAS @ ALI GHUFRON

WASIAT MUKHLAS @ ALI GHUFRON

PUKUL BERAPA BUKA ??

Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering. "Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya. " Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya di tengah malam buta ni?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. "Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!" pustakawan itu menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?"
"Siapa kata saya mahu masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"
.

MANA
BARANG YANG 'FREE'?

Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke
pasaraya untuk membeli barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua
barang-barang yang dipesan.

Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg
plastik dan membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu
tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE...

Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE'
ini? Kenapa tak ambil? Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka
isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus
benda 'FREE' itu.

Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa
jurujual untuk menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi
dengan jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin.
Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta dari
jurujual.

Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan
terdengar pertengkaran mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami
tadi. Si suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami tadi
tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi belek kanan
belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan berbahasa Inggeris itu
..CHOLESTEROL FREE...!!!


JURUJUAL YANG MALANG

Seorang penjual 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah.
Diketuknya pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun,
dia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu.

"Puan, saya yakin akan
kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika
nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya," kata
jurujual dengan penuh yakin.

"Kalau begitu," kata
wanita tersebut, "Mulailah makan. Rumah kami belum ada eletrik."


SEBUAH KISAH KASIH SAYANG ...
BEGITU MENYENTUH PERASAAN ......


Saya dapat email tentang kisah yang menarik lagi
menyentuh perasaan bila membacanya...
Kesimpulan yg saya dapat untuk diri sendiri…,Kasih
sayang tak dapat ditukar dengan metarial dan kebendaan….saya
kongsi
kan utk semua...sila baca je...tapi jgn nangis

Aku cuma ada seorang adik.
Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.

Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi
keperluan
anak gadis ketika itu, aku ambil 50
sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja
dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.

Dia meminta aku dan adik berdiri di
tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan
ayah.

"Siapa ambil duit ayah?"
tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya
menentang renungan tajam mata ayah.

Kedua-dua kami membisu,cuma
tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak
mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk
melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap
tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik
nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti
menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan
sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di
lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di
rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar
kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas
mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik Cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang
mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku
meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan
menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu
membela
adik.

Tahun bersilih ganti,
peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam
berlaku. Adik mendapat
tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku
pula ditawarkan
menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di
bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu Di ruang tamu. Aku terdengar
ayah
berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi
apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit
membiayai mereka?" Ketika itulah
adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak
mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan
kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik
dalam-dalam.
Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu
aku lakukan ialah menutup muka dan
menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu
tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya
yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah
kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka,
dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia
membawa
bersamanya beberapa helai baju lusuh
yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang
tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan
akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain
meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup
kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk
ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik
menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau
kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku.
"Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang
datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak
lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu
saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.
Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku
kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli
apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik
keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia
mengenakan pada
rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni,
saya beli satu untuk akak." Aku
kaku.
Sepatah kata
pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat
ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang
ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah
bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah
sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya
luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya.
Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa
luka pada tangannya. "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
serpihan
simen jatuh
seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan
yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk
bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti
selalu.

Aku berkahwin pada usia
menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada
adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?"
kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan
kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku
memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cubamenyembunyikan
kesedihannya.

Adik terus tinggal di
kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis
perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik
menjawab,
"Selain emak, kakak
saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku
ingati.

"Semasa sama-sama
bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak
kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai
kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya
pada saya.
Dia berjalan dengan
sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam
tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri
sendiri. Saya akan Lakukan apa saja
demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya
berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat
bercerita,
aku meluru ke pelamin, mendakap adik
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


"Semoga anda mendapat cukup
kebahagiaan untuk membuat anda bahagia, cukup cubaan untuk membuat anda kuat,
cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang sesungguhnya, dan
cukup harapan untuk membuat anda positif terhadap
kehidupan"


TEKA TEKI
MERAPU

Dalam byk2, Kain apa yang
paling berat di dunia? *
= Kain songket cap Gajah
Duduk

kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain
dia apa?
* = Jawapan lain salah
la...

Pokok apa bila manusia nampak
dia lari?*
= Pokok nak tumbang la...

Lagu apa yang semua orang di
dunia ini boleh menyayikannya?
* = Lagu 'Happy Birthday'

Air apakah yang paling berani sekali? * = Air terjun

Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa? = Jadi banyak la...

Apakah persamaan antara ikan kod dengan kod gitar? * = Kedua-duanya boleh
digoreng

Ikan apakah yang mempunyai
ketiak?
* = Ikan duyung

Banyak-banyak bas, bas apa
yang pandai
*=Bas sekolah

Banyak-banyak mi, mi apa yang
boleh makan ngan ais
= MILO
ais

Kenapa anjing kencing angkat
sebelah kaki
= Kalau angkat 2 kaki ia akan
jatuh

Ahmad bin Abu, kambing bin
apa?
= Binatang

Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan = ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan
bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

ABANG NAK BELI
KUIH...?

Kiriman M.H.

Hari
itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K. Lumpur. Memikirkan
highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas
ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah
restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak
lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abg
nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang
yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah di kl... abg dah pesan
makanan," jawap saya ringkas.

Dia
berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit
kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami
isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya
selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang
lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di
meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli
kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi
bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar
masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan
kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam
dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas
membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak
itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu ,
membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin,
kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah
senyuman.

Saya
turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.
"Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu
atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia
mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang
penutupnya.

Saya
tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas
saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan
padanya.

"
Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas
kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas
mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki
lima deretan kedai. Saya gembira
dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur.
Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10
pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua
matanya.

Saya
terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi
pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap
pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau
dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana
Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit
sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak,
mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu
lancar.

Saya
sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal
saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg
nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak
berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya
kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus
berlalu.

Saya
perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.
Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim
kah??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya??
Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian,
tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu
penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak
itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!



ANAK ANAKKU

ANAK ANAKKU

TAK MENARIK KE FAKTA INI? DOOMSDAY

Tak menarik ke fakta ni? Keep on reading. Medan magnetik bumi dilaporkan semakin lemah 10%, sejak kali pertama direkodkan 150 tahun dahulu. (CNN 12/12/2003) (National Geographic) 

Gary Glatzmaier ialah saintis bumi a.k.a earth scientist dan telah membuat simulation of earth magnetic field using computer. The computer itself is funded by National Science Foundation (US), run the simulation everyday, till one day come out with shocking results. In the simulation, the magnetic field flip, changing north-south polarity.

Research has been done by geologists on the mid-ocean ridge (rabung dasar laut) and Hawaiian Islands. Both researchs resulting to the same answer, it's true that earth magnetic field has flip many times before! How? Both (the ridge and Hawaiian islands) actively and constantly releasing lava from the earth's mantle since million years ago, and as the lava cools, it keeps the record of the Earth past magnetic field.

 

The record shows that Earth magnetic field flip for every 200,000 years, and it has been 780,000 years since the last reversal. Kind of overdue. It's about time to reverse again. Magnetic north pole has been moving about 15km per year nowaday, showing the Earth magnetic field has becoming more unstable. (Magnetic North Pole)

For those who familiar with EMG (Electromagnetic Theory), magnetic fluctuation (kebocoran medan magnet) discovered at certain areas near the South Pole.

These all are the signs/simptoms/events before the Magnetic Reversal happens.

(National Geographic on Magnetic Reversal) 

Sorry guys sebab tukar Melayu-English-Melayu. Bila part technical ni tak reti nak tulis dalam bahasa melayu, terasa janggal. Ingat nak buat gambarajah sket kasi lagi semua senang paham, tapi takde masa :p 

Apa kaitannya Magnetic Field Reversal ni dengan DOOMSDAY? Apabila selatan dan utara sudah bertukar, dengan mudahnya Timur dan Barat juga bertukar. Sila gunakan imaginasi anda semua buat seketika. Bayangkan. Bukan secara fizikal, tetapi apa yang selama ini kita panggil Timur telahpun menjadi Barat secara tidak sedar.

Kita ambil hadis pulak.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan tiba hari kiamat sebelum matahari keluar dari arah barat. Jika matahari telah terbit, maka seluruh manusia beriman. Beriman di saat tidak ada gunanya bagi diri mereka yang tadinya belum pernah beriman, juga bagi mereka yang tadinya belum pernah berbuat baik selama dia beriman.” (H.R. Bukhari, Muslim dan Abu Daud). 

Niscaya hari kiamat tiba, di saat dua orang sedang menggelar baju untuk diperjualbelikan, keduanya tidak sempat lagi berjual beli dan melipatnya. Hari kiamat tiba, sedang orang baru kembali membawa air susu perahan untanya, tetapi tidak sempat meminumnya. Hari kiamat tiba, sedang seorang baru memperbaiki kolamnya, tetapi belum lagi sempat diisi airnya. Hari kiamat tiba, sedang orang baru mengangkat makanan ke mulutnya tetapi belum sempat memakannya.

Kita tidak sedar akan perubahan medan magnetik bumi, tidak sedar bila timur sudah menjadi barat, dan pada ketika itulah kiamat tiba... 

Benda ni maybe akan berlaku ratusan tahun lagi. Mungkin puluhan tahun lagi. Wallahualam...